JOM BOLEH IKUT !
-
[image: Image Hosted by ImageShack.us]
*SELAMAT DATANG KE LAMAN PROSTAR JEMPOL NS*
Salam PROSTAR dari kami di Jempol . Alhamdullilah kerana akhirnya pa...
18 years ago
AKTIVITI : KURSUS FASILITATOR PROSTAR NEGERI KEDAH 2008
TEMPAT : DUSUN MINDA RESORT PADANG TERAP, KUALA NERANG KEDAH D.A
TARIKH : 13 HINGGA 15 APRIL 2008
PUSAT KHIDMAT PROSTAR UNTUK REMAJA
PENDAHULUAN
Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan
Konsep pusat khidmat ini merupakan berbentuk one-stop center di mana remaja boleh mendapat maklumat kesihatan, mempelajari IT, berkomunikasi dan beriadah. Ia memberikan juga khidmat rundingcara untuk remaja yang mempunyai masalah atau perlukan bimbingan, khidmat hotline HIV/AIDS untuk maklumat HIV/AIDS, quit smoking clinic dan juga anonymous testing untuk HIV/AIDS bagi yang mempunyai risiko jangkitan HIV/AIDS. Pusat ini akan dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan di daerah seperti Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Daerah, Majlis Kaunselor Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Agensi Dadah Kebangsaan. Ia akan diselaraskan oleh Kelab PROSTAR Daerah Pendang.
ORGANISASI
ALAMAT
Pusat Khidmat PROSTAR untuk remaja
(sebelah Dewan MDP)
Jalan Sungai Tiang
06700 Pendang
Kedah Darul Aman
MASA OPERASI
Hari Ahad – Khamis 2.00pm – 10.00pm, hari Jumaat ditutup dari 12.00 tgh– 2.00pm
Hari Sabtu 10.00am – 10.00am
PERATURAN AM PUSAT
PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Pusat ini dilengkapkan dengan 10 komputer untuk perkhidmatan cyber cafe. Ini merupakan projek menjana ekonomi bagi mengendalikan pusat ini.
Peraturan :
2. TALIAN HOTLINE
Perkhidmatan Hotline akan diwujudkna di Pusat Khidmat PROSTAR untuk remaja. Ia diwujudkan bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai HIV/AIDS, perlakuan berisiko tinggi, masalah remaja, isu kesihatan dan mesej kempen cara hidup sihat.
Ia juga dapat menggalakkan budaya mencari maklumat mengenai HIV/AIDS dan isu kesihatan melalui talian hotline.
Peraturan:
3.MINI PERPUSTAKAAN
Mini perpustakaan akan dilengkapkan dengan bahan bacaan ilmiah dan bukan ilmiah. Ia juga akan dilengkapi dengan majalah serta bahan kesihatan dari pelbagai agensi. Buku-buku ini akan diperolehi melalui sumbangan agensi atau melalui sumbangan individu. Ia dikendalikan oleh sukarelawan dan anggota kesihatan. Masa operasi adalah sama seperti masa operasi pusat.
Peraturan:
Perkhidmatan rundingcara yang diberikan ialah rundingcara umum, rundingcara HIV/AIDS, penilaian risiko jangkitan HIV/AIDS, rundingcara quit smoking, rundingcara kerjaya dan sebagainya. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah dan anggota kesihatan secara bergilir-gilir. Perkhidmatan ini diberikan pada setiap hari kecuali cuti hujung minggu dan cuti am. Ia beroperasi dari 3.00pm – 5.00pm. Perkhidmatan ujian HIV tanpa nama juga disediakan pada tempoh masa tersebut.
Peraturan:
Mini gimnasium ini dilengkapi dengan peralatan untuk senaman. Ia meliputi senaman untuk tangan, kaki dan perut. Peralatan yang ada di mini gimnasium ialah statik basikal, rowing, tramboline, sit-up dan dumb bell.
Peraturan:
Sudut infokesihatan dilengkapi dengan display board dengan bahan pendidikan kesihatan mengenai isu semasa mengenai remaja. Sudut ini juga dilengkapi dengan tempat risalah, mesin penimbang dan pengukur tinggi. BMI boleh dikira oleh remaja untuk mengetahui samada mempunyai berat badan unggul.
Peraturan:
Indoor games dilengkapi dengan peralatan permainan seperti biliard, ping-pong, dart, catur, dam dan lain-lain permainan. Ia diletakkan di satu sudut.
Peraturan:
STANDARD OPERATING PROCEDURE
Kelab PROSTAR
Untuk menggerakkan aktivit PROSTAR, selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kelab PROSTAR juga memainkan peranan dalam program ini. Kelab ini ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 30 Jun 1997.
Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, derah dan sekolah
Pengurusan kelab dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang dipilih menerusi mesyuarat agung. Kelab bertanggungjawab menguruskan daftar keahlian, merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang.
Merupakan suatu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli Kelab PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV. Pengurusn rumah kelab adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa kelab.