Lawatan Geng PROSTAR Daerah Jasin, Melaka

Lawatan Geng PROSTAR Daerah Jasin, Melaka
Pada Hari Isnin, 15 Disember 2008
Seramai 46 orang AJK dan Ahli PROSTAR

11 - 14 NOVEMBER 2008
KURSUS KESUKARELAWAN PROSTAR
PERINGKAT KEBANGSAAN
BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR
TEMPAT PENGINAPAN DAN TIKET PENERBANGAN DISEDIAKAN.
ANJURAN :
KELAB PROSTAR MALAYSIA

AKTIVITI BULAN JULAI

Bengkel Penyediaan Bahan Pendidikan Kesihatan PROSTAR 2008
Hari : 04 - 05 Julai 2008 ( Jumaat dan Sabtu ) Sesi 1

11 - 12 Julai 2008 ( Jumaat dan Sabtu ) Sesi 2

Masa : 08.00 Pagi - 05.00 Petang

Bertempat di Bilik Mawar, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, Kedah Darul Aman.

KONVENSYEN PROSTAR

KONVENSYEN PROSTAR SEKOLAH
PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
TAHUN 2008 DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM),
SINTOK, KEDAH DARUL AMAN.
PADA 04 - 07 JUN 2008
! PROSTAR ! PROSTAR ! PROSTAR ! PROSTAR ! PROSTAR ! PROSTAR !


KEM REMAJA HARAPAN PROSTAR
PERINGKAT DAERAH PENDANG
BAGI TAHUN 2008

KEJAYAAN WARGA PROSTAR PENDANG






TEAM FUTSAL PROSTAR

AKTIVITI BULAN MEI

KEM REMAJA HARAPAN PROSTAR
PERINGKAT DAERAH PENDANG
BAGI TAHUN 2008
  • HARI : KHAMIS - SABTU
  • TARIKH : 22 - 24 MEI 2008
  • TEMPAT : PJ SENTOSA CAMPSITE
  • PESERTA : 40 ORANG
  • URUSETIA : 15 ORANG
JOM PAKAT RAMAI-RAMAI SERTAI KEM REMAJA HARAPAN PROSTAR !!!
SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI PKPPENDANG 04-7592755

AKTIVITI BULAN APRIL

AKTIVITI : KURSUS FASILITATOR PROSTAR NEGERI KEDAH 2008
TEMPAT : DUSUN MINDA RESORT PADANG TERAP, KUALA NERANG KEDAH D.A
TARIKH : 13 HINGGA 15 APRIL 2008

KERTAS KERJA PKPPENDANG

PUSAT KHIDMAT PROSTAR UNTUK REMAJA

PENDAHULUAN

Pada tahun 2004, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memulakan satu projek perintis iaitu Pusat Khidmat PROSTAR untuk remaja. Di Negeri Kedah, Daerah Pendang telah dipilih untuk menjalankan projek perintis ini mungkin kerana Kelab PROSTAR Daerah Pendang adalah antara yang paling aktif di Negeri Kedah dan berjaya menarik perhatian remaja yang tidak bermasalah dan juga remaja yang bermasalah.

Konsep pusat khidmat ini merupakan berbentuk one-stop center di mana remaja boleh mendapat maklumat kesihatan, mempelajari IT, berkomunikasi dan beriadah. Ia memberikan juga khidmat rundingcara untuk remaja yang mempunyai masalah atau perlukan bimbingan, khidmat hotline HIV/AIDS untuk maklumat HIV/AIDS, quit smoking clinic dan juga anonymous testing untuk HIV/AIDS bagi yang mempunyai risiko jangkitan HIV/AIDS. Pusat ini akan dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan di daerah seperti Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan Daerah, Majlis Kaunselor Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Agensi Dadah Kebangsaan. Ia akan diselaraskan oleh Kelab PROSTAR Daerah Pendang.

ORGANISASI

  1. JK Pelbagai agensi
  2. JK Operasi Pusat Khidmat

ALAMAT

Pusat Khidmat PROSTAR untuk remaja

(sebelah Dewan MDP)

Jalan Sungai Tiang

06700 Pendang

Kedah Darul Aman

MASA OPERASI

Hari Ahad – Khamis 2.00pm – 10.00pm, hari Jumaat ditutup dari 12.00 tgh– 2.00pm

Hari Sabtu 10.00am – 10.00am

PERATURAN AM PUSAT

  • Pendaftaran untuk menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
  • Tidak dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah. Pakaian ko-kurrikulum dibenarkan.
  • Tidak dibenarkan merokok di pusat.
  • Tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman dari luar.
  • Tidak dibenarkan berjudi atau bergaduh di dalam pusat.
  • Tidak mengganggu pelanggan lain atau membuat bising di dalam pusat.
  • Tidak dibenarkan berpasangan atau membuat dating/tempat berjumpa dengan pasangan.

PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

  1. CYBER CAFE

Pusat ini dilengkapkan dengan 10 komputer untuk perkhidmatan cyber cafe. Ini merupakan projek menjana ekonomi bagi mengendalikan pusat ini.

Peraturan :

  • Terbuka kepada semua belia
  • Perlu berpakaian kemas dan sopan. Pelajar berpakaian seragam sekolah tidak dibenarkan ke dalam pusat.
  • Tidak boleh membuat bising atau bermain game internet.
  • Tidak boleh melayari website lucah atau bermain game online atau berjudi secara online.
  • Pertaruhan tidak dibenarkan.
  • Tidak boleh membawa masuk makanan atau minuman dari luar.
  • Cara penggunaan perkhidmatan cyber cafĂ©:
  • Pendaftaran nama pengguna di kaunter pendaftaran
  • Pilih computer mengikut arahan pengurus kaunter
  • Baca arahan pada skrin computer berkenaan.
  • Komputer akan di “unlock” oleh pengurus kaunter.
  • Tidak boleh melayari lama web pornographic (lucah) atau bermain game secara online. Jika memasuki lama web ini, computer akan di “block” secara automatic.
  • Bila selesai melayari internet, maklumkan kepada pengurus kaunter.
  • Bayar mengikut caj yang tertera di skrin computer utama.
  • Caj bagi ialah RM1.50/jam bagi bukan ahli PROSTAR dan RM1.00 bagi ahli PROSTAR. Kad ahli perlu ditunjukkan sebagai bukti ahli PROSTAR. (Ahli Kelab PROSTAR ialah RM 3 / tahun atau seumur hidup RM 30 / tahun)
  • Kupon / resit perlu dikeluarkan selepas menerima wang.

2. TALIAN HOTLINE

Perkhidmatan Hotline akan diwujudkna di Pusat Khidmat PROSTAR untuk remaja. Ia diwujudkan bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai HIV/AIDS, perlakuan berisiko tinggi, masalah remaja, isu kesihatan dan mesej kempen cara hidup sihat.

Ia juga dapat menggalakkan budaya mencari maklumat mengenai HIV/AIDS dan isu kesihatan melalui talian hotline.

Peraturan:

  • Talian hotline dikendalikan oleh anggota kesihatan dan sukarelawan secara bergilir-gilir setiap hari dari pukul 2.00pm – 6.00pm. Jadual bertugas akan disediakan pada setiap bulan.
  • Semua panggilan akan dicatitkan dalam buku panggilan.
  • Rujukan akan dilakukan jika diperlukan.
  • Panggilan palsu dan lucah akan dikesan melalui display digital pada telefon.

3.MINI PERPUSTAKAAN

Mini perpustakaan akan dilengkapkan dengan bahan bacaan ilmiah dan bukan ilmiah. Ia juga akan dilengkapi dengan majalah serta bahan kesihatan dari pelbagai agensi. Buku-buku ini akan diperolehi melalui sumbangan agensi atau melalui sumbangan individu. Ia dikendalikan oleh sukarelawan dan anggota kesihatan. Masa operasi adalah sama seperti masa operasi pusat.

Peraturan:

  • Pendaftaran untuk mereka yang menggunakan perpustakaan dan bahan bacaan yang digunakan.
  • Tidak dibenarkan membawa makanan atau minuman ke dalam perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan meminjam buku.
  • Tidak dibenarkan menulis atau mengoyak buku.
  • Tidak dibenarkan membawa keluar buku dari dalam perpustakaan.
  • Sukarelawan boleh memeriksa beg pelanggan jika disyaki membawa keluar bahan bacaan.
  • Tidak dibenarkan membuat bising atau bercakap dengan nada suara yang kuat dalam perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan memadu asmara di dalam perpustakaan.
  • Pelanggan yang melanggar peraturan boleh disenaraihitamkan dari menggunakan kemudahan di pusat.

  1. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA

Perkhidmatan rundingcara yang diberikan ialah rundingcara umum, rundingcara HIV/AIDS, penilaian risiko jangkitan HIV/AIDS, rundingcara quit smoking, rundingcara kerjaya dan sebagainya. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Kaunselor Sekolah dan anggota kesihatan secara bergilir-gilir. Perkhidmatan ini diberikan pada setiap hari kecuali cuti hujung minggu dan cuti am. Ia beroperasi dari 3.00pm – 5.00pm. Perkhidmatan ujian HIV tanpa nama juga disediakan pada tempoh masa tersebut.

Peraturan:

  • Jadual bertugas bulanan perundingcara akan dipamerkan di pusat khidmat.
  • Temujanji untuk berjumpa dengan perundingcara boleh dilakukan di kaunter pendaftaran. Temujanji ini akan dimasukkan ke dalam buku temujanji.
  • Pelanggan walk-in juga diterima tetapi keutamaan diberikan kepada pelanggan dengan temujanji. Jika ada kelapangan semasa sessi, walk-in akan diterima.
  • Perundingcara secara berkumpulan juga akan diadakan mengikut jadual terutama untuk quit smoking dan isu remaja atau kerjaya.
  • Kerahsiaan amat dititikberatkan.
  • Rujukan akan dilakukan jika diperlukan.

  1. MINI GIMNASIUM

Mini gimnasium ini dilengkapi dengan peralatan untuk senaman. Ia meliputi senaman untuk tangan, kaki dan perut. Peralatan yang ada di mini gimnasium ialah statik basikal, rowing, tramboline, sit-up dan dumb bell.

Peraturan:

  • Pendaftaran perlu dilakukan di kaunter.
  • Tidak makan atau minum semasa bersenam
  • Tiada masalah perubatan yang telah disahkan oleh Doktor
  • Berpakaian sukan atau pakaian yang sesuai
  • Tidak merosakkan peralatan gimnasium
  • Tidak memonopoli mana-mana peralatan. Memberi peluang kepada orang lain untuk menggunakannya

  1. SUDUT INFOKESIHATAN

Sudut infokesihatan dilengkapi dengan display board dengan bahan pendidikan kesihatan mengenai isu semasa mengenai remaja. Sudut ini juga dilengkapi dengan tempat risalah, mesin penimbang dan pengukur tinggi. BMI boleh dikira oleh remaja untuk mengetahui samada mempunyai berat badan unggul.

Peraturan:

  • Mendaftar di kaunter untuk menggunakan peralatan.
  • Boleh mengambil risalah dari rak risalah untuk bacaan atau rujukan.
  • Tidak dibenarkan mengambil bahan pendidikan kesihatan yang dilekatkan di display board.
  • Tidak makan atau minum di ruang ini.

  1. INDOOR GAME

Indoor games dilengkapi dengan peralatan permainan seperti biliard, ping-pong, dart, catur, dam dan lain-lain permainan. Ia diletakkan di satu sudut.

Peraturan:

  • Mendaftar di kaunter untuk menggunakan peralatan.
  • Tidak merosakkan peralatan
  • Tidak dibenarkan membawa keluar mana-mana peralatan indoor game.
  • Tidak memonopoli mana-mana permainan dan memberi peluang kepada orang lain untuk bermain.
  • Tidak menghilangkan mana-mana peralatan kecil yang digunakan dalam permainan.

STANDARD OPERATING PROCEDURE

  1. Rundingcara
  2. Cyber cafe
  3. Hotline
  4. Mini perpustakaan
  5. Mini gimnasium
  6. Indoor game




SIGNBOARD PKPPENDANG

PUSAT KHIDMAT PROSTAR PENDANG

Kelab PROSTAR

Untuk menggerakkan aktivit PROSTAR, selain daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kelab PROSTAR juga memainkan peranan dalam program ini. Kelab ini ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan pada 30 Jun 1997.

  • Rangkaian Kelab PROSTAR

Kelab PROSTAR merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian seluruh Malaysia di peringkat negeri, derah dan sekolah

  • Pengurusan Kelab

Pengurusan kelab dikendalikan oleh ahli jawatankuasa yang dipilih menerusi mesyuarat agung. Kelab bertanggungjawab menguruskan daftar keahlian, merancang dan melaksanakan aktiviti yang dirancang.

  • Rumah Kelab

Merupakan suatu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli Kelab PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV. Pengurusn rumah kelab adalah menjadi tanggungjawab ahli jawatankuasa kelab.